Wednesday, 12 June 2013

Koleksi saya : Book review - Sha & Shah by Sha Ibrahim

Assalamualaikum WBT

Hi All!

Hari ni...saya akn buat review utk salah satu novel dalam koleksi saya. Heehhehe. Hari ni saya pilih buku y bertajuk Sha & Sha by Sha Ibrahim.

Enjoy guys!

Sha & Shah

BFF...Best Friend Forever.
Bolehkah sahabat yang berlainan jantina digelar BFF? Mampukah mereka menjadi sahabat sejati tanpa ada sedikit pun perasaan 'cinta' antara satu sama lain? Itulah yang terjadi kepada Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Persahabatan yang terjalin sejak kecil mula goyah apabila mereka tiba-tiba sahaja berkahwin dan bergelar suami isteri.

Bagi Shah, dia menjadikan perkahwinan tersebut sebagai 'penyelamat' dirinya. Daripada berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenali dan menyebabkan kehidupan sosialnya terbatas, dia lebih rela berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Sahabat yang boleh memahami perangai dan kerenahnya. Sahabat yang tidak akan mengongkong dengan hobi 'peliknya' yang suka berkawan dengan kaum hawa walaupun sekadar teman biasa. Hanya Sha sahaja kenal diri dia yang sebenarnya. Ya! Hanya Farisha, kawan baik yang amat dia sayang!

Bagi Sha pula, kerana rayuan dan pujuk rayu Shah yang meminta tolong kepadanya, dia akhirnya bersetuju dengan ikatan perkahwinan tersebut. Kononnya kesian! Betul ke dia kesian? Tetapi sanggupkah dia mengorbankan masa depan sendiri semata-mata kerana perasaan 'kesian' yang wujud dalam dirinya itu? Entahlah, dia sendiri tidak pasti, namun apa yang pasti dia seakan-akan rela untuk menjadi isteri kepada sahabat baiknya sendiri. Shah adalah segala-galanya untuk dia. Lelaki yang sentiasa ada dengannya, sahabat yang tidak pernah kenal erti jemu bersamanya.

Benarkah perkahwinan itu dibina atas dasar persahabatan? Mampukah mereka meneruskan perkahwinan itu? Namun segala-galanya seakan-akan berubah. Ikatan perkahwinan yang terjalin mula menampakkan hasilnya.

Banyak kisah lucu yang tejadi. Ada juga kisah sedih dan terselit juga kisah yang bakal menyakitkan hati. Semuanya gara-gara BFF dah bertukar menjadi suami isteri.



Review versi saya

If you guys looking for a light reading, saya mmg cadangkan buku ni. Kiranya mampu la untuk wat kita tersenyum. Kisah ni mmg xde konflik y besar2. Jadi xde la nak sakit2 jiwa ke. nak leleh2 airmata ke. mmg xde la. Tapi scene2 lucu n sweet mmg byk.

Citer ni berkisah tentang persahabatan di antara Sha & Shah y lepas tu hidup sebagai suami isteri. Walau dah kawen, Shah ni masih dgn perangai lama dia. Bukan jahat2 xterima perkahwinan tau..no..no..no..Dia mmg syg je wife dia...cuma lebih kepada syg seorang sahabat la. Gpun Shah ni, suka kawan dgn pmpuan comei2. Tapi Sha ni...walau dia xpenah tunjuk, dia sebenarnya syg Shah tu...kiranya..syg mcm somi la. So dia la y jadi tukang tepis2 gosip hangat si suami.. hehhehe

Citer ni jadi lagi menarik bila Shah tu dh start miang dgn isteri sendiri. Hahhahaha mmg kelakar. Mmg xleh blah. Rasa mcm eiiiii...xsesuai je nak manja terlebih mcm tu sb dia tu pengarah company besar, jutawan muda lak tu...tp who knows kan...Luaran kental tp dalam hati ada bunga2 cinta. Gpun dia ngada2 dgn wife dia kot....(tetiba mcm hangat sb tringat somi sndiri xmau ngada2 mcm tu...hahahha kekdahnya)

Citer ni xde la happy all the time. Mcm saya cakap, ada konflik..tapi xde konflik y wat kita sakit jiwa la. Xde la nak hujan airmata beria bagai kan..rasa xpuas hati sikit2 tu adalah.

Okeh kat bawa ni saya bg la slh satu scene dari Novel Sha & Shah ni. Xleh byk2 sb malas nak menaip. hahahhaa...aci jahat kan.

Pn Wifey kena outstation

"Apa? Seminggu? Tak payah pergi boleh?" Shah menyoal kembali. Berita yang baru sahaja disampaikan oleh Sha membuatkan dia tidak senang duduk. Sehari berjauhan pun dia dah sasau inikan pula seminggu. Mahunya dia gila!

"Arahan... Saya orang bawahan. Kena ikut cakap bos."

Jawapan yang diberikan oleh Sha cukup mudah. Walaupun dia sendiri terkejut dengan arahan itu, namun dia terpaksa turuti. Tambahan pula dia terasa pelik. Sebelum ini orang lain yang menguruskan projek di Pulau Pinang itu, tetapi tiba-tiba sahaja dia diarahkan untuk pergi ke sana selama seminggu untuk menyambung tugas yang dia sendiri kurang jelas. Namun memikirkan ini adalah kerja, dia terpaksa bersikap profesional.

"Letak jawatan sajalah!" Shah meletakkan kembali mug yang berisi kopi panas ke atas meja kecil di hadapannya. Seleranya tiba-tiba terbantut.

"Uit! Takkan sebab outstation seminggu saya kena letak jawatan. Awak ni buang tebiat ke apa?" Sha terkejut mendengar cadangan Shah yang langsung tidak masuk akal.

"Iyalah! Seminggu lama tu! Habis tu macam mana saya nak makan? Siapa yang nak sediakan baju saya nak pergi kerja? Siapa yang nak temankan saya tidur" Shah merengek menyambung alasannya.

Sebenarnya ada sebab yang lebih penting menyebabkan dia menghalang isterinya itu pergi. Salah satunya memang dia tidak sanggup berjauhan lama dengan Sha. Salah satu sebab lagi, tarikh hari lahirnya jatuh dalam tempoh isterinya di sana. Mana boleh!

"Ya Allah mengadanya dia ni!"

"Sayang....tak payah pergi la...awak tak payah pergi ek?" Shah merengek manja. Dia memang mengharapkan agar isterinya itu tidak akan pergi ke Pulau Pinang. Dia memang tidak boleh berpisah lama dengan Sha. Apatah lagi semenjak dia pasti dengan perasaan kasih dan cintanya kepada isterinya itu. Semenjak mereka berkahwin, mana pernah mereka berpisah walaupun sehari.

"Shah...one week! Seminggu je pun, bukan sebulan!" Sha tersenyum geli hati. Namun dia akui dia bahagia mendengar pengakuan lelaki itu yang langsung tidak boleh berjauhan dengannya. Bagaimana pula dengannya? Hakikatnya dia sendiri risaukan perkara yang sama. Dia semakin sayang untuk berjauhan dengan lelaki itu. Tetapi dia terpaksa. Ini soal kerja.

"Seminggu maknanya tujuh hari! Tujuh hari sama macam tujuh tahun tahu tak! Mana boleh saya jauh dengan awak lama-lama sayang. Tak payah pergi ek! Biar bos awak marah. Untung-untung dia buang awak kerja! Lepas tu awak bolehlah kerja dengan saya,"

Sha tergelak kecil mendengar bicara Shah yang langsung tidak matang. Sempat lagi dia berfikir sebegitu. Alahai Shah! Kenapala awak manja mengalahkan saya! Detik Sha sendiri.

*****************
Haaaaa tu salah satu scene ngada2 Shah nak ngikut Sha outstation. Dah gaya anak kecik nak ngikut mak g keje je kekdahnya. Agak2 teruja x nak baca novel ni. Hehehheheh

So sape2 y terpikat leh la cari2, pinjam2, atau beli2 novel ni. Saya dh habis baca dah.

Okeh, next time saya update lagi buku2 y ada dlm koleksi saya k.

* Satu hari tu bawa buku Sha & Shah baca dalam LRT masa on da way g keje. Sekali terperasan y orang sebelah saya pun baca novel Sha & Shah juga. Ayakkkk....sama la pulak kan. kira ramai la peminat citer ni kan..

See ya!!

Thanks
dieya r. sulaiman





No comments: