Friday, 1 March 2013

Koleksi saya : Book review - Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum WBT

Selamat berhujung minggu semua!

Apakah aktiviti kita hari ni?Saya? Mcm biasa, bila hujung minggu tiba, misi nya mengemas rumah. Mcm ni la bila jadi surirumah bekerjaya. Hari2 biasa, setakat memasak, basuh, jemur and lipat kain baju bleh la....y lain2 saya lebih suka buat pd hujung minggu.

Jadi pagi2 lagi mesin d rumah ni dah start keje. hehehhe byk kot hari ni nak basuh. Apa xnya..cadar la..sarung bantal la..alas tido depan tb la. hehehhe..Tapi alah bisa tegal biasa. Betul x? Bila umah kemas je, mcm satu kepuasan pulak.

Anyway, hari ni saya bukan nak citer sal umah (wlupun intro dh pnjang berjela. hehehhe maappp). Hari ni citer sal satu novel ni. Siri novel pembangun jiwa. Tajuknya Ketika Cinta Bertasbih.

Ada sape2 penah baca x buku ni? Bacalah, novel tp bukan y sia2. Kalau rasa mcm 'rajin' nak baca bukunya. Boleh je tgk movie nya. Tajuk ni ada 2. Ketika Cinta Bertasbih 1 and Ketika Cinta Bertasbih 2.

Kat sini saya akan ceritakan sedikit kisah Ketika Cinta Bertasbih ni k. Mana tau sape2 y singgah di blog ni leh jadikan ni sbg reference la before beli buku tu.



Ketika Cinta Bertasbih 1
Utk siri pertama ni..latar belakang tempatnya lebih kepada d Kaherah, Univ Al Azhar. Kisah mengenai seorang pemuda bernama Abdullah Khairul Azzam y gigih menyara kuarga di Indonesia dgn menjual Bakso n Tempe wlupun dlm masa y sama dalam usaha utk habiskan pelajaran dia d Al Azhar. Boleh dkatakan dia mmg lama blaja kat sana wlupun hanya utk Ijazah pertama sb dia lbh byk meniaga dari belajar. Ayah si Azzam ni dah meninggal n dia anak sulung n satu2 nya lelaki dalam kuarga. Sb tu dia rasa bertanggungjawab menyara kuarga n dia mau adik2 dia (Husna, Lia n Sara) dapat belajar tanpa masalah kewangan. Jadi selagi adik2 dia masih belajar, dia akan terus bekerja membuat tempe n bakso kat situ.
Salah seorang pelanggan setia Azzam adalah Eliana Pramesti, anak duta besar Indonesia d sana. Pemandu kepada Eliana ni seoarang y mesra n dia bercerita kpd Azzam perihal seorang perempuan. Azzam ni sgt terkesan dgn kisah tu n dia nekad nk bertanya/merisik melalui pakcik gadis tersebut (Ustaz Mujab). Malangnya gadis tersebut telah dlamar oleh bestfriend dia sendiri, Furqan.
Suatu hari dia terima surat dari adik dia (Husna) memberikan khabar gembira. Husna minta dia balik ke Indonesia. Lagipun husna dah bekerja. Lia juga sudah bekerja n dlm masa y sama sambung belajar. Kiranya dah ada pendapatan lain la. So Azzam pun belajar lah sungguh2 n lulus. Dia pun balik ke Indonesia. Tamat siri bertama

Ketika Cinta Bertasbih 2.
Kisah ni bermula di Indonesia. Setelah Azzam pulang ke Indonesia. Husna telahpun menjadi penulis cerpen y berjaya. Buku husna y bertajuk Menari Bersama Ombak mengambil inspirasi dari kegigihan abg dia. Dan semasa acara bual bicara kisah Menari Bersama Ombak, Anna Althafunnisa mnjadi salah seorang panel( Anna ni anak kepada Kiai Lutfi iaitu pemilik pesantren terkenal, Pesantren Darul Quran). Bila mendengar citer husna, Anna rasa kagum dgn abg penulis tersebut n rasa nak kenal la. Tapi dalam masa y sama dia dh bertunang walaupun dia xpenah suka pun. Tapi sebagai org y belajar agama, dia terima jodohnya. Byk y berlaku dalam siri kedua ni. Mcm mana Azzam akhirnya dapat tau y org y dia lamar melalui Uztaz Mujab adalah Anna. Dan Anna pulak sgt terkejut rupanya Jejakan y dia impikan utk jadi suami rupanya Azzam. Hehehhe..Tapi sb masing2 menerima ketentuan, jadi anna tetp kawen dgn Furqan, and Azzam bertunang dgn org lain. Tetapi tu lahh..Jodoh Allah. Mcm mana berliku pun kalau dh Allah tentukan, tetap akan bersama. Enam bulan lepas berkahwin, Anna bercerai dlm kead dia masih perawan. Azzam pula xjadi kawen sb berlaku kecelakaan. Tapi memandangkan Azzam dh makin berusia, dia meminta tlg Pak Kiai Lutfi carikan jodoh utk dia dari kalangan pelajar pesantran. Pak Kiai y mmg berkenan sgt2 dgn perangai Azzam terus cadangkan seorang gadis utk Azzam, tanpa mengetahui sape gadis tersebut, Azzam terima.

Nak tahu lebih lanjut cerita ni. Kena la baca atau tonton citer ni ye. Wlupun saya citer mcm xbest (hahhaha sb xreti bercerita la) tapi citer dia mmg best. Husband saya jenis layan citer perang2..citer alien2 tapi utk citer Ketika Cinta Bertasbih ni, dia dh tgk berkali. Ni la movie y dia tgk ulang2. Citer dia mmg sgt positif. Smpi che abg ni nak bg nama anak lelaki dia Abdullah Khairul Azzam.Hahahha mcm2 dia tu kan..

Bacalah, semoga membawa manfaat. Citer ni juga ada y bersiri. Y ni muncul kemudian selepas 2 movie dia dapat sambutan. Ada juga saya tgk tapi xlarat nak ikut y bersiri ni. Biasalah drama Indonesia, panjang2 sirinya. Jadi saya mmg tgk movie pertama n kedua je. Buku2 dia pun saya ada la juga.

Jadi selamat menonton n selamat membaca ye kawan2.

p/s : Bila pesta buku kebangsaan ek? Saya dh mula menabung setiap bulan utk kumpul budget beli buku nanti. Hehehhe In Syaa Allah, if diberi keizinan g pesta buku lagi tahun ni.