Sunday, 6 September 2015

Book Review - Tuan Anas Mikael

Assalam semua...

Agak lama juga saya xupdate book review saya. Pesta Buku y lepas, byk juga koleksi y bertambah. Seperti biasa...target utk habis smpi hujung tahun tp nmpk gayanya...mostly dh habis baca..tggl satu or dua buah shj lagi y masih belum habis baca.

Kali ni, saya nk share tntg buku dari Syamnuriezmil - Tuan Anas Mikael.

Sinopsis Kulit Buku

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Tetapi... Di Krabi...
“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL




Review versi saya

Ayu Maisarah bekerja dengan Tuan Anas kerana menggantikan ibunya yang telah tua. Walau sudah berusaha mengelak namun rezeki dia agaknya..kena juga keje jadi org gaji kat rumah Tuan Anas.

Tapi...org gaji bukan sebarang org gaji..gajinya cecah RM10k. Namun bila tgk kepada job scope, gaji 20k pun belum tentu cukup.

Ayu diminta untuk buat kerja yang tidak2. Masuk kelas grooming segala. Nampak mcm Tuan Anas mengenakan Ayu Maisarah tapi sebenarnya Tuan Anas ada plan baik punya.
Hehehheh...citer ni bagi saya, menghiburkan cuma gaya penulisannya mungkin kurang sesuai dgn jiwa saya. But semua org ada selera sendirikan, so xde hal lah.

Jalan citer ni mmg best. Buat kita nak baca n terus baca utk tau kisah seterusnya.
So guys, if berminat leh la cari2 buku ni k...

Adios...
drsulaiman

Jung YongHwa - One Fine Day

Hei Ya!!

Post y outdated!!

Kkkkkk trasa nk share MV One Fine Day - JYH.

Saya xpenah bosan dgn lagu ni. Sayu sgt. Walau xde la paham sgt lagu ni kalau xtgk translation dia tpi rasa lagu tu sampai...sayu sgt.

Xsabar tggu CNBLUE comeback tgh bulan Sept nant. kkkkk sediakan poket masing2.


Enjoys!!

drsulaiman

Daily View CNBLUE

Hi all!!


Tetiba kegilaan sy hari ni mcm terlebih sikit. Kkkkk...so walau buku Daily View ni dh beli agak lama, baru hari ni trasa nk update something.

Daily View CNBLUE ni adalah photobook y penuh dgn gmbr member CNBLUE. Ada 2 section..



1) Part 1 - Staff view
Mostly gmbr2 y diambil oleh staff FNC masa concert preparation, practice or masa2 leisure dorang lah. Cantik2 gambar nya

2) Part 2 - Member view
Ni pulak kebanyakannya adalah gmbr selfie dorang.

Mmg xnyesal kumpul photobook dorang. Disebabkan saya bukan org y kumpul poster, photobook adalah pilihan y bijak. Senang nk simpan. Hihihihi

So meh cuci2 mata sikit k...






Handsomekan? Kkkkk kalau dh minat semua pun indah. Hehhehe...Until next update..

Tata!!

regards,
d.r.sulaiman

Friday, 4 September 2015

Misi Rahsia D.R. Sulaiman - My Love Part 1

Assalamualaikum WBT

Hiiii Korang!!

Hari ni mcm best je tajuk tu kan...Actually ni 1st time saya nk buat misi rahsia ni. Nk tau apa misi rahsia ni? Jeng Jeng Jeng....

Misi rahsia ni adalah...surprise bday celebration for mr husband. Hihihihi...excited sgt sb sy xpernah buat surprise celebration utk dia. Sebelum ni cuma pernah pos kad ke opis dia n buat cake delivery ke opis dia. Kali ni saya nk plan y proper punya.

Wlu bday dia lmbt lagi...dalam november nant...tp memandangkan sy ni susah nk keluar rumah sndiri tanpa husband...sy pasti perlu masa y lama utk buat persiapan.

1) Venue.
Off course dekat rumah shj. Sb senang. Kalau sy plan kat fancy restaurant or mana2 tempat y istimewa, dia mest syak. hahhaha

2) Cake
Ni my fav part. Saya dh book date from wahdi le chouette macaron utk cake and also macaron. Sy mmg follow IG dia. So feedback smua kata kek n macaron dia sedap walau bg bukan penggemar. Bg y suka makan ni mest lagi la lebih2 suka kan? Hahahha so ni 1st time sy mencuba. Rmi juga feedback kata nk booking tu agak susah sb dia slalu fully booked. Jadi awal2 lagi saya dh book tarikh dgn dia. Alhamdulillah, setakat ni berjalan lancar. Nak tau mcm mana rupa kek y saya tempah?

Ni namanya half naked cake. sexy kan nama kek pun? hahhahah tapi sy tempah beza la sikit dari ni. nmpk menyelerakan kan? Saya pun mcm xsabar nk merasa. hahahhaha. Tapi bukan kek je sy tempah...sy order juga sekotak macaron. Sy request for a box of assorted flavor macaron. Hihihi tp duk pk lagi nk order satu kotak or dua kotak. hihihih settle bab kek.


3) Hadiah
Utk y ni.kena minta tlg kawan2. Agak mustahil saya nk beli hadiah tanpa pengetahuan dia sb kami slalu shopping sama2. Sy ada beberapa item y nk bg sbg hadiah. So 1st item...kemeja and tshirt. Hahhahah sb sy peminat tegar CNBLUE, baju2 tu smua saya minta kawan belikan dari The Class Mid Valley. Hehhehehe...Thanks kepada rakan subahat y sanggup layan request dari sy ni. 2nd item saya nk mencari perfume. Y tu belum buat apa2 lagi...lambat lagi kan...so akan cari masa utk pilih bau y best. Any suggestion? 3rd item if budget membenarkan....saya nk mencari DSLR utk husband...dia minat NIKON...any idea y mana sesuai? Sb sy mmg fail bab kamera.

So ni je satakat ni. Sy akan update perjalanan misi rahsia ni from time to time.

Guys, doakan saya berjaya buat event y bermakna utk en suami ya.

Thanks guys.

Till we meet again.

regards,
D.R. Sulaiman


Monday, 17 August 2015

Koleksi saya : Book review - [Tunas] by Hlovate

Assalamualaikum WBT.

Salam ukhuwah guys!!

Hari ni...saya akan teruskan lagi me'review' buku y menjadi koleksi bacaan saya. So kali ni saya pilih utk review buku dari salah satu penulis fav saya - Hlovate iaitu buku y bertajuk [Tunas].

Sinopsis belakang buku:

“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung. “Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan. “Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?” Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip. “Tulip ada?” “Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?” A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.” Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what??? “A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....” “I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.

Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.



Komen versi saya.

Buku ni berkisar kepada kehidupan sekolah berasrama. Kisah Addin, Kucai, Benz and the gang. Dan juga kisah Mags Seven y haru biru.

Kisah bermula bila Addin & Addi mendaftar masuk ke Tunas - sekolah berasrama elit. Berkenalan dengan gang y sekepala. Addin ni nakal tp bijak. Dia betul2 enjoy life dia d asrama Tunas.

Apa y xpenah Addin buat dgn gang sekepala dia? Meng'platinum'kan rambut orang, tuang nila kat baju, mandi air suling, pecah masuk bilik HEM. Sampaikan ada kes kena tangkap basah. Disebabkan kes tu, rahsia y selama ni dia simpan...terburai la juga kan. Tapi xmenghalang dia utk menikmati hidup d Tunas.

Addin jadi Head Girl and Addi jadi Head Boy. Byk juga dorang cuba bawa perubahan ke arah kebaikan. Then bila naik form 5..lain lak cerita. Masa ni la munculnya Natrium Benzoat - Benz and Mags Seven.

Lagi haru. Lagi parah.

Dalam ni juga ada aktiviti dorang g camping n nyanyi ramai2. Lagu pilihan dorang? Empty Decorations (leh clik URL kat bawah ni. utk lagunya).

http://www.youtube.com/watch?v=EKpkn1M9Zao

Sungguh2...saya suka sgt cerita ni. No mushy lovey dovey cintan cintun. Bagi saya y pernah duk asrama masa form 4 & 5, kisah dorang wat saya tersenyum je sepanjang baca buku ni. Apa tak nya...byk juga y digambarkan penulis dalam tunas ni...saya alaminya sndiri.

After baca buku ni...2,3 hari juga la...saya duk belek balik gambar2 zaman SPM dulu. Dulu..saya xbrapa suka pun duk asrama...bagi saya sekolah harian lagi best. Tapi bila baca buku ni..btl2 ubah persepsi saya...rupanya pengalaman saya dulu xseteruk y saya sangka..rupanya..pengalaman tu..pengalaman y sgt best.

Segala terms & formula y dorang guna..sounds so familiar. Hukum tangan kiri fleming? ohhh yess!! Mmg rasa dekat sgt di hati bila baca novel ni.

Hihihihi...terus la bercita2 nak suh anak masuk sekolah asrama jugak. Boleh??

So guys, boleh la cuba baca buku ni..bg saya..sgt best. Tapi ni pendapat saya la kan. Setiap orang, citarasanya berbeza. This is one of my fav books. Rooftop rant kekal juara carta hati saya.

Thanks a lot!

loves,
Dieya r. sulaiman


Thursday, 13 August 2015

Hari Emo Dieya R Sulaiman

Assalam all!!

Hi!!

Still dlm mood hari raya! Kebetulan hari ni company buat jamuan hari raya utk staff so almost semua pun mood nk beraya. So xhairan kalau smua pun xde kat workstation memasing.

Dalam suasana hari raya ni jugalah..mood cik dieya nk ke laut. Emo bebenau. Xtau nk kata.

Somethings happen n cik dieya rasa frust sesgt. Xtau nk luah kat sape. Sometimes I just need someone that I can talk to. Someone y I can share my story. So end up...kat you all la I akan luah perasaan. So bertabahlah k....

My style...I xkan cerita details apa y berlaku sb...buat apa nk buka pekung didada kan? Tapi apa2 y leh jadi pengajaran and sempadan...rasanya xsalah kita kongsikan. Who knows mayb bermanfaat utk smua.

Terasa berat dugaan kali ni. Financially, mentally and also physically. But then...Alhamdulillah...setakat ni masih mampu hadapi. Masih mampu tersenyum walau dlm hati hanya Allah y tahu. Ada benda, belahan jiwa kita sendiri xmampu nk pahami...and when this happen, masa ni akan jadi saat paling down utk saya. Masa ni hanya Allah je y kita ada.

But guys, remember this! Apa pun berlaku...dont loose hope. Tetap berusaha and berdoa. Mmg berbincang tu bagus. and komunikasi tu perlu. Tapi ada sesetgh benda bg sesetgh situasi...it is better utk kita diam and cool down dulu. Postpone dulu berbincang tu. Bila smua dh ok, dh reda and bincanglah. Carilah jalan penyelesaian terbaik.

Haaaa satu lg pesanan...kalau hari2 emo mcm ni..elakkan baca novel..heheheh bukan apa..xsalah pun sebenarnya..tp kalau baca novel hari emo, senang je nk leleh ayaq mata tu. Cerr try kalau x caya...Kalau hari biasa baca bab last baru leleh...ni bab 20 dh tarik tisu. hihihihi...gurau2 je.

Tapi betul...bila hari2 kita terlebih emosi ni..bagus sgt kita cool down sikit baca buku motivasi rujukan kekeluargaan or if nk lift up the mood leh baca buku humor. It will help kita lalui hari2 emo kita dgn lebih berkesan. Jgn duk tgk sgt drama kalau tgh2 emo nih. Nant bertambah emo pulak.

So guys!!

Rasanya mcm dh lega sket lepas dh rambling ni. Hahhaha kesian korang kena tahan membaca saya merapu.

Until next time.

See ya!!