Assalamualaikum WBT
Hi guys!
Hari ini sambung balik nk share sal buku2 yang saya baca. Kali ni saya pilih untuk pasal buku y bertajuk Anthem by Hlovate.
Sinopsis d kulit buku
Everybody has a past. Everybody lives a present.
And everybody deserves a future.
Silam
Westernized
Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur,
bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang
asal-usulnya dan rumahnya dimana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria,
Perancis, Amerika atau India.
Selepas Silam
Dulu, 'segalanya' yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba
menyeksakan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip,
budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan
tak ada harga. Sekarang, 'segalanya' yang bertanda gelap itu kini mahu dia
ubahkan warnanya.
Kini
Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak untuk menjadi dirinya
sendiri tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu
perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland,
dan tanah antara ketiga-tiganya.
Pendapat saya
1st bila dapat buku ni...saya tertanya kenapa tajuknya Anthem? Apa definasi Anthem y menjadi teras kepada cite ni. Adakah Athem tu sebenarnya Lagu Negaraku...sb citer ni kan byk merantau. Atau Anthem sebenarnya lagu2 y menjadi halwa telinga watak dalam novel ni? Atau ada maksud lain?
Tapi bila saya baca buku ni....rasanya saya semakin paham. And again, ni cuma pendapat saya...mungkin xsama dgn pendapat orang lain. Or mayb penulis sendiri ada pendapat dia sendiri kan.... Tapi bagi saya...Anthem dalam kisah ni adalah pegangan kita...syahadah kita.
Kisah berubah ke arah lebih baik. Kembali kepada fitrah kita. Sesungguhnya hidayah mmg milik Allah SWT tapi xbermakna kita xperlu berusaha menjadi y lebih baik kan?
Membaca kisah ni slalu wat saya fikir, sy skrg dh sampai mana? Setakat mana dah saya ni? Someone y baru mengenal Islam sometimes lebih islami dari saya sndiri y mmg lahir sebagai Islam...malu rasanya.
Tapi tu la...saya mmg suka karya Hlovate. Tarbiyah dgn cara y ringan..y halus..y mudah nak sampai ke hati remaja, pembaca, mudah nak sampai ke hati saya.
So guys! give it a try. Mana tau, karya dia juga mampu menyentuh hati korang mcm dia dh sentuh hati saya, kan?
Cheers!
dieya r. sulaiman