Friday, 14 June 2013

Koleksi saya : Book review - Asam Pedas Untuk Dia by Nureen Mirza

Assalamualaikum WBT.

Hi guys....
Hari ni saya masih lagi nak share salah satu koleksi novel y saya ada. Kali ni saya nak share buku bertajuk Asam Pedas Untuk Dia by Nureen Mirza.

Kisah ni menarik bagi saya. Jarang ada storyline mcm ni..konflik xbrape berat tapi olahan mmg best. Tak bosan n buat kita nak baca n baca bagi habis. Saya amik masa setengah hari je baca buku ni. Hehehhe...utk tahun 2013, buku ni la y mula2 saya beli...then sb rasa best terus berjangkit ke buku2 lain. hahahhah.

Okeh! Jom enjoy sikit dgn sinopsis dari kulit buku novel nih.

Asam Pedas Untuk Dia

Aku Ainin Sofiya, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian.

Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku.

Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku tersiksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku tersiksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Review versi saya

Ainin Sofiya - balu muda anak sorang yang kematian suami. Stay dgn mak y dah berusia and ada adik y sakit sorang. Hari2 dia buat jualan kueh n nasi lemak. Tapi sb pendapatan xcukup dia keje jadi org gaji separuh masa.

 Ziyad - Anak sulung Hjh Fauziah n Hj Marzuki. Ziyad ni dh ada girlfriend n mak dia kureng suka tp xmenghalang. Kiranya mak dia mmg nak la si Ziyad ni kahwin. Ziyad ni ada company sndiri. Dia baik hati juga la walaupun ada egonya tersendiri. Sb kesian kat kehidupan Ainin y susah. Dia offer utk kawen so that dia leh jadi ketua kuarga.

Citer ni mmg best. Ziyad ni unik juga perangai dia. Xmau terima Ainin mcm isteri sebenar tapi nak jaga hati family bagai..Ada byk juga konflik dlm citer ni tapi konflik nya jenis y biasa2 sahaja la...Kira xde kes meleleh airmata atau sakit jantung sb sakit hati dgn jalan cerita....

So guys...leh la baca buku ni. menarik n xbosan.



Happy reading!
dieya r. sulaiman





No comments: