Thursday, 4 July 2013

Koleksi saya : Book review - Jaja & Din

Assalamualaikum WBT

Warghhhh...hari ni tetiba sayu pilu je rasa hati ni...Sungguh...xtipu punya sayu ni. Nak tahu kenapa rasa sayu?

Sb satu buku ni..Tajuknya Jaja & Din. Yes, tajuknya simple je...ilustrasi kulit buku pun...nampak mcm ringan je. Tapi isi dalam, xbrape nak ringan la....

Buku ni saya beli lepas baca review kat byk blog2. Semua review pun okay...So after baca buku ni...Ni lah y saya rasa..

Sayu.
Berfikir.
Bersyukur.

Kisah ni tentang Jaja & Din. Pasangan suami isteri. Menarik kisah pasangan ni. Walaupun saya kurang suka cara penulisan citer ni..Tapi teras utama kisah ni saya suka. Suka sgt.

Kisah Jaja, seorang wanita biasa2 je..bukan la someone y mengamalkan cara hidup Islam y betul2..terjatuh hati dengan Din.

Siapa Din? Ustaz sekolah pondok okay. Y hidup secara zuhud. Y cita-citanya nak syahid di jalan Allah.

Bila berkahwin, Jaja y biasa hidup senang..hidup serba lengkap, tapi bulan madu dorang kat rumah sewa Din y sgt2 simple. Mcm ne kead simple tu?

Din y rumahnya xde perabut lengkap.
Din y rumahnya xde peti sejuk.
Din y rumahnya xde mesin basuh.
Din y rumahnya bilik air kat luar & xde sinki y proper pun.
Din y rumahnya hanya ada ikan bilis n sardin.
Din y biliknya hanya ada satu tilam nipis seinci.
Din y biliknya hanya ada satu selimut nipis.
Din y almarinya hanya ada beberapa helai pakaian (pakaian terbaiknya selamat berlubang gara2 Jaja)

Sungguh, mmg Din tu bagus. Tapi saya rasa pengorbanan Jaja juga hebat. Menerima seadanya.

Dia terima.
Dia mampu tersenyum.
Dia rasa bahagia.
Dia belajar & terus belajar utk jadi muslimah y baik.

Kenapa citer ni wat saya sayu?

Sb wat saya terfikir kead diri sndiri. Mampu ke saya amik tindakan mcm tu? Berubah ke arah lagi baik smpi mcm tu skali.

Din ada baju beberapa helai je. Saya? Baju satu almari tp balik2 rungut cakap xde baju nak pakai.
Saya? xperlu pun basuh baju dgn tangan tebongkok-bongkok..tapi asyik je cakap nak mesin y lagi besar n canggih.
Beli barang makan mcm2 tapi asyik cakap xde pe nak masak.
Huhuhu..tetiba rasa tersindir. Xbersyukur ke aku?

Sungguh, tu la y saya rasa bila baca buku Jaja & Din.

Moga2 mampu mendidik hati menjadi y lebih baik.

Sorry guys, entry kali ni bukan book review. Lebih kepada apa y saya rasa sebenarnya.



Thanks guys!
dieya r. sulaiman

Tuesday, 25 June 2013

Koleksi saya : Book review - Anthem by Hlovate

Assalamualaikum WBT

Hi guys!

Hari ini sambung balik nk share sal buku2 yang saya baca. Kali ni saya pilih untuk pasal buku y bertajuk Anthem by Hlovate.

Sinopsis d kulit buku

Everybody has a past. Everybody lives a present.
And everybody deserves a future.

Silam
Westernized
Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur,
bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang
asal-usulnya dan rumahnya dimana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria,
Perancis, Amerika atau India.

Selepas Silam
Dulu, 'segalanya' yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba
menyeksakan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip,
budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan
tak ada harga. Sekarang, 'segalanya' yang bertanda gelap itu kini mahu dia
ubahkan warnanya.

Kini
Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak untuk menjadi dirinya
sendiri tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu
perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland,
dan tanah antara ketiga-tiganya.



Pendapat saya

1st bila dapat buku ni...saya tertanya kenapa tajuknya Anthem? Apa definasi Anthem y menjadi teras kepada cite ni. Adakah Athem tu sebenarnya Lagu Negaraku...sb citer ni kan byk merantau. Atau Anthem sebenarnya lagu2 y menjadi halwa telinga watak dalam novel ni? Atau ada maksud lain?

Tapi bila saya baca buku ni....rasanya saya semakin paham. And again, ni cuma pendapat saya...mungkin xsama dgn pendapat orang lain. Or mayb penulis sendiri ada pendapat dia sendiri kan.... Tapi bagi saya...Anthem dalam kisah ni adalah pegangan kita...syahadah kita.

Kisah berubah ke arah lebih baik. Kembali kepada fitrah kita. Sesungguhnya hidayah mmg milik Allah SWT tapi xbermakna kita xperlu berusaha menjadi y lebih baik kan?

Membaca kisah ni slalu wat saya fikir, sy skrg dh sampai mana? Setakat mana dah saya ni? Someone y baru mengenal Islam sometimes lebih islami dari saya sndiri y mmg lahir sebagai Islam...malu rasanya.

Tapi tu la...saya mmg suka karya Hlovate. Tarbiyah dgn cara y ringan..y halus..y mudah nak sampai ke hati remaja, pembaca, mudah nak sampai ke hati saya.

So guys! give it a try. Mana tau, karya dia juga mampu menyentuh hati korang mcm dia dh sentuh hati saya, kan?

Cheers!
dieya r. sulaiman



Mcm mana saya jatuh cinta dgn karya Hlovate

Assalamualaikum WBT.

Good Day guys!!

Entry hari ni....masih lagi tentang buku...tapi bukan book review. Rasanya hari ni saya lebih kepada writer y saya mula minat karya dia.

Hlovate - sgt misteri. Kita xtau pun dia lelaki or perempuan. Bagi saya...sape pun dia, kat mana pun dia, saya suka karya dia. Unik dan 'berisi'.

Banyak sgt pengajaran y kita leh amik. Buku2 dia xde sgt pun jenis y cintan cintun tahap heroin cantik bak bidadari n hero hensem tahap putera raja. Tapi novel dia sgt 'hidup'. Xde bahasa puitis n penuh dgn bunga2 bahasa. Bahasa nya menggambarkan bahasa y mmg kita guna hari2.

So kisah saya dgn karya Hlovate bermula dgn Rooftop Rant. Sejak awal tahun ni...minat membaca novel datang smula. Minat y dah ditinggalkan sejak zaman Uni dulu. Tetiba datang menyala2. Apatah lagi tempat kerja y mmg dekat sangat dgn Kedai Buku.



Setiap hari, saya akan ke kedai buku untuk tgk & beli buku. Boleh dikatakan seminggu adalah 3,4 buku y di beli. Setiap kali g kedai buku tu mesti ternampak buku Rooftop Rant. Satu sebab nama penulisnya unik. Then sb tajuknya pun mcm cute2 gitu. Walau ada buku dia y lain kat situ..tapi balik2 saya nampak rooftop rant ni. Almost 2,3 weeks juga la saya asyik pegang letak buku ni samada nak beli ke x. Last2 saya pun beli la...

Balik umah, mcm biasa, setiap kali beli buku baru..mesti kena balut dulu. Once dah balut baru la start nak membelek2.

1st belek2 tu...mcm xpaham je baca buku ni...letak la dulu kat rak tu. After 1 week kot, baru la saya ambik buku ni, cari duduk y selesa, belek2...then terus tersangkut.

Sungguh, buku ni sgt unik. The best book I ever read. Xpuas baca. Nak kata kisah cintan cintun..mmg xla. Kisahnya sgt real, penuh pengajaran. Betul, start dari situ...saya byk search internet sb nak tau karya lain dari Hlovate.

Lepas rooftop rant, saya beli Anthem. Cerita ni lebih kurang rooftop rant...and I really love it. Mcm mana kita berubah kepada y lebih baik. Xpernah terlambat utk kita berubah ke arah kebaikan. 



Selepas tu, saya baca aA+bB..pastu [Tunas]...betul2 best. Tunas wat saya mengimbau kenangan lama. Dulu sy slalu fikir kenangan sy di MRSM xbest mana pun...tp bila baca Tunas, saya rasa saya happy sgt. Happy sgt sb pernah ada pengalaman suka duka..pengalaman baik nakal di asrama.





Habis baca aA+bB & Tunas, saya beli pulak Contengan Jalanan dan 5tahun 5bulan. Sekali lagi....saya xkecewa. Betul...bukunya xpernah 'kosong'. Kita pasti akan dapat sesuatu. Terpulang la kita nak amik pengajaran tu atau just nk biarkan je berlalu.




Walaupun saya ni kira agak terlambat la kan...sb orang lain mayb dh lama kot kenal dgn karya2 Hlovate ni. So skrg, saya masih lagi dalam process mengumpul karya2 Hlovate.

Minat atau kecenderungan seseorang dalam memilih bahan bacaan adalah berbeza, tp saya mmg xrasa nyesal la mengenali karya Hlovate ni. Sungguh! Karya dia slalu juga berlatar belakangkan Aberdeen, medic, engineer..kan?

So guys, cukup la kot sharing saya kali ni. Next time pulak k...Nanti next time saya buat entry utk koleksi y lain pulak...okeh?

Cheers,
Dieya R. Sulaiman



Friday, 14 June 2013

Koleksi saya : Book review - Asam Pedas Untuk Dia by Nureen Mirza

Assalamualaikum WBT.

Hi guys....
Hari ni saya masih lagi nak share salah satu koleksi novel y saya ada. Kali ni saya nak share buku bertajuk Asam Pedas Untuk Dia by Nureen Mirza.

Kisah ni menarik bagi saya. Jarang ada storyline mcm ni..konflik xbrape berat tapi olahan mmg best. Tak bosan n buat kita nak baca n baca bagi habis. Saya amik masa setengah hari je baca buku ni. Hehehhe...utk tahun 2013, buku ni la y mula2 saya beli...then sb rasa best terus berjangkit ke buku2 lain. hahahhah.

Okeh! Jom enjoy sikit dgn sinopsis dari kulit buku novel nih.

Asam Pedas Untuk Dia

Aku Ainin Sofiya, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian.

Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku.

Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku tersiksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku tersiksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Review versi saya

Ainin Sofiya - balu muda anak sorang yang kematian suami. Stay dgn mak y dah berusia and ada adik y sakit sorang. Hari2 dia buat jualan kueh n nasi lemak. Tapi sb pendapatan xcukup dia keje jadi org gaji separuh masa.

 Ziyad - Anak sulung Hjh Fauziah n Hj Marzuki. Ziyad ni dh ada girlfriend n mak dia kureng suka tp xmenghalang. Kiranya mak dia mmg nak la si Ziyad ni kahwin. Ziyad ni ada company sndiri. Dia baik hati juga la walaupun ada egonya tersendiri. Sb kesian kat kehidupan Ainin y susah. Dia offer utk kawen so that dia leh jadi ketua kuarga.

Citer ni mmg best. Ziyad ni unik juga perangai dia. Xmau terima Ainin mcm isteri sebenar tapi nak jaga hati family bagai..Ada byk juga konflik dlm citer ni tapi konflik nya jenis y biasa2 sahaja la...Kira xde kes meleleh airmata atau sakit jantung sb sakit hati dgn jalan cerita....

So guys...leh la baca buku ni. menarik n xbosan.



Happy reading!
dieya r. sulaiman





Wednesday, 12 June 2013

Koleksi saya : Book review - Sha & Shah by Sha Ibrahim

Assalamualaikum WBT

Hi All!

Hari ni...saya akn buat review utk salah satu novel dalam koleksi saya. Heehhehe. Hari ni saya pilih buku y bertajuk Sha & Sha by Sha Ibrahim.

Enjoy guys!

Sha & Shah

BFF...Best Friend Forever.
Bolehkah sahabat yang berlainan jantina digelar BFF? Mampukah mereka menjadi sahabat sejati tanpa ada sedikit pun perasaan 'cinta' antara satu sama lain? Itulah yang terjadi kepada Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Persahabatan yang terjalin sejak kecil mula goyah apabila mereka tiba-tiba sahaja berkahwin dan bergelar suami isteri.

Bagi Shah, dia menjadikan perkahwinan tersebut sebagai 'penyelamat' dirinya. Daripada berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenali dan menyebabkan kehidupan sosialnya terbatas, dia lebih rela berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Sahabat yang boleh memahami perangai dan kerenahnya. Sahabat yang tidak akan mengongkong dengan hobi 'peliknya' yang suka berkawan dengan kaum hawa walaupun sekadar teman biasa. Hanya Sha sahaja kenal diri dia yang sebenarnya. Ya! Hanya Farisha, kawan baik yang amat dia sayang!

Bagi Sha pula, kerana rayuan dan pujuk rayu Shah yang meminta tolong kepadanya, dia akhirnya bersetuju dengan ikatan perkahwinan tersebut. Kononnya kesian! Betul ke dia kesian? Tetapi sanggupkah dia mengorbankan masa depan sendiri semata-mata kerana perasaan 'kesian' yang wujud dalam dirinya itu? Entahlah, dia sendiri tidak pasti, namun apa yang pasti dia seakan-akan rela untuk menjadi isteri kepada sahabat baiknya sendiri. Shah adalah segala-galanya untuk dia. Lelaki yang sentiasa ada dengannya, sahabat yang tidak pernah kenal erti jemu bersamanya.

Benarkah perkahwinan itu dibina atas dasar persahabatan? Mampukah mereka meneruskan perkahwinan itu? Namun segala-galanya seakan-akan berubah. Ikatan perkahwinan yang terjalin mula menampakkan hasilnya.

Banyak kisah lucu yang tejadi. Ada juga kisah sedih dan terselit juga kisah yang bakal menyakitkan hati. Semuanya gara-gara BFF dah bertukar menjadi suami isteri.



Review versi saya

If you guys looking for a light reading, saya mmg cadangkan buku ni. Kiranya mampu la untuk wat kita tersenyum. Kisah ni mmg xde konflik y besar2. Jadi xde la nak sakit2 jiwa ke. nak leleh2 airmata ke. mmg xde la. Tapi scene2 lucu n sweet mmg byk.

Citer ni berkisah tentang persahabatan di antara Sha & Shah y lepas tu hidup sebagai suami isteri. Walau dah kawen, Shah ni masih dgn perangai lama dia. Bukan jahat2 xterima perkahwinan tau..no..no..no..Dia mmg syg je wife dia...cuma lebih kepada syg seorang sahabat la. Gpun Shah ni, suka kawan dgn pmpuan comei2. Tapi Sha ni...walau dia xpenah tunjuk, dia sebenarnya syg Shah tu...kiranya..syg mcm somi la. So dia la y jadi tukang tepis2 gosip hangat si suami.. hehhehe

Citer ni jadi lagi menarik bila Shah tu dh start miang dgn isteri sendiri. Hahhahaha mmg kelakar. Mmg xleh blah. Rasa mcm eiiiii...xsesuai je nak manja terlebih mcm tu sb dia tu pengarah company besar, jutawan muda lak tu...tp who knows kan...Luaran kental tp dalam hati ada bunga2 cinta. Gpun dia ngada2 dgn wife dia kot....(tetiba mcm hangat sb tringat somi sndiri xmau ngada2 mcm tu...hahahha kekdahnya)

Citer ni xde la happy all the time. Mcm saya cakap, ada konflik..tapi xde konflik y wat kita sakit jiwa la. Xde la nak hujan airmata beria bagai kan..rasa xpuas hati sikit2 tu adalah.

Okeh kat bawa ni saya bg la slh satu scene dari Novel Sha & Shah ni. Xleh byk2 sb malas nak menaip. hahahhaa...aci jahat kan.

Pn Wifey kena outstation

"Apa? Seminggu? Tak payah pergi boleh?" Shah menyoal kembali. Berita yang baru sahaja disampaikan oleh Sha membuatkan dia tidak senang duduk. Sehari berjauhan pun dia dah sasau inikan pula seminggu. Mahunya dia gila!

"Arahan... Saya orang bawahan. Kena ikut cakap bos."

Jawapan yang diberikan oleh Sha cukup mudah. Walaupun dia sendiri terkejut dengan arahan itu, namun dia terpaksa turuti. Tambahan pula dia terasa pelik. Sebelum ini orang lain yang menguruskan projek di Pulau Pinang itu, tetapi tiba-tiba sahaja dia diarahkan untuk pergi ke sana selama seminggu untuk menyambung tugas yang dia sendiri kurang jelas. Namun memikirkan ini adalah kerja, dia terpaksa bersikap profesional.

"Letak jawatan sajalah!" Shah meletakkan kembali mug yang berisi kopi panas ke atas meja kecil di hadapannya. Seleranya tiba-tiba terbantut.

"Uit! Takkan sebab outstation seminggu saya kena letak jawatan. Awak ni buang tebiat ke apa?" Sha terkejut mendengar cadangan Shah yang langsung tidak masuk akal.

"Iyalah! Seminggu lama tu! Habis tu macam mana saya nak makan? Siapa yang nak sediakan baju saya nak pergi kerja? Siapa yang nak temankan saya tidur" Shah merengek menyambung alasannya.

Sebenarnya ada sebab yang lebih penting menyebabkan dia menghalang isterinya itu pergi. Salah satunya memang dia tidak sanggup berjauhan lama dengan Sha. Salah satu sebab lagi, tarikh hari lahirnya jatuh dalam tempoh isterinya di sana. Mana boleh!

"Ya Allah mengadanya dia ni!"

"Sayang....tak payah pergi la...awak tak payah pergi ek?" Shah merengek manja. Dia memang mengharapkan agar isterinya itu tidak akan pergi ke Pulau Pinang. Dia memang tidak boleh berpisah lama dengan Sha. Apatah lagi semenjak dia pasti dengan perasaan kasih dan cintanya kepada isterinya itu. Semenjak mereka berkahwin, mana pernah mereka berpisah walaupun sehari.

"Shah...one week! Seminggu je pun, bukan sebulan!" Sha tersenyum geli hati. Namun dia akui dia bahagia mendengar pengakuan lelaki itu yang langsung tidak boleh berjauhan dengannya. Bagaimana pula dengannya? Hakikatnya dia sendiri risaukan perkara yang sama. Dia semakin sayang untuk berjauhan dengan lelaki itu. Tetapi dia terpaksa. Ini soal kerja.

"Seminggu maknanya tujuh hari! Tujuh hari sama macam tujuh tahun tahu tak! Mana boleh saya jauh dengan awak lama-lama sayang. Tak payah pergi ek! Biar bos awak marah. Untung-untung dia buang awak kerja! Lepas tu awak bolehlah kerja dengan saya,"

Sha tergelak kecil mendengar bicara Shah yang langsung tidak matang. Sempat lagi dia berfikir sebegitu. Alahai Shah! Kenapala awak manja mengalahkan saya! Detik Sha sendiri.

*****************
Haaaaa tu salah satu scene ngada2 Shah nak ngikut Sha outstation. Dah gaya anak kecik nak ngikut mak g keje je kekdahnya. Agak2 teruja x nak baca novel ni. Hehehheheh

So sape2 y terpikat leh la cari2, pinjam2, atau beli2 novel ni. Saya dh habis baca dah.

Okeh, next time saya update lagi buku2 y ada dlm koleksi saya k.

* Satu hari tu bawa buku Sha & Shah baca dalam LRT masa on da way g keje. Sekali terperasan y orang sebelah saya pun baca novel Sha & Shah juga. Ayakkkk....sama la pulak kan. kira ramai la peminat citer ni kan..

See ya!!

Thanks
dieya r. sulaiman





Friday, 1 March 2013

Koleksi saya : Book review - Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum WBT

Selamat berhujung minggu semua!

Apakah aktiviti kita hari ni?Saya? Mcm biasa, bila hujung minggu tiba, misi nya mengemas rumah. Mcm ni la bila jadi surirumah bekerjaya. Hari2 biasa, setakat memasak, basuh, jemur and lipat kain baju bleh la....y lain2 saya lebih suka buat pd hujung minggu.

Jadi pagi2 lagi mesin d rumah ni dah start keje. hehehhe byk kot hari ni nak basuh. Apa xnya..cadar la..sarung bantal la..alas tido depan tb la. hehehhe..Tapi alah bisa tegal biasa. Betul x? Bila umah kemas je, mcm satu kepuasan pulak.

Anyway, hari ni saya bukan nak citer sal umah (wlupun intro dh pnjang berjela. hehehhe maappp). Hari ni citer sal satu novel ni. Siri novel pembangun jiwa. Tajuknya Ketika Cinta Bertasbih.

Ada sape2 penah baca x buku ni? Bacalah, novel tp bukan y sia2. Kalau rasa mcm 'rajin' nak baca bukunya. Boleh je tgk movie nya. Tajuk ni ada 2. Ketika Cinta Bertasbih 1 and Ketika Cinta Bertasbih 2.

Kat sini saya akan ceritakan sedikit kisah Ketika Cinta Bertasbih ni k. Mana tau sape2 y singgah di blog ni leh jadikan ni sbg reference la before beli buku tu.



Ketika Cinta Bertasbih 1
Utk siri pertama ni..latar belakang tempatnya lebih kepada d Kaherah, Univ Al Azhar. Kisah mengenai seorang pemuda bernama Abdullah Khairul Azzam y gigih menyara kuarga di Indonesia dgn menjual Bakso n Tempe wlupun dlm masa y sama dalam usaha utk habiskan pelajaran dia d Al Azhar. Boleh dkatakan dia mmg lama blaja kat sana wlupun hanya utk Ijazah pertama sb dia lbh byk meniaga dari belajar. Ayah si Azzam ni dah meninggal n dia anak sulung n satu2 nya lelaki dalam kuarga. Sb tu dia rasa bertanggungjawab menyara kuarga n dia mau adik2 dia (Husna, Lia n Sara) dapat belajar tanpa masalah kewangan. Jadi selagi adik2 dia masih belajar, dia akan terus bekerja membuat tempe n bakso kat situ.
Salah seorang pelanggan setia Azzam adalah Eliana Pramesti, anak duta besar Indonesia d sana. Pemandu kepada Eliana ni seoarang y mesra n dia bercerita kpd Azzam perihal seorang perempuan. Azzam ni sgt terkesan dgn kisah tu n dia nekad nk bertanya/merisik melalui pakcik gadis tersebut (Ustaz Mujab). Malangnya gadis tersebut telah dlamar oleh bestfriend dia sendiri, Furqan.
Suatu hari dia terima surat dari adik dia (Husna) memberikan khabar gembira. Husna minta dia balik ke Indonesia. Lagipun husna dah bekerja. Lia juga sudah bekerja n dlm masa y sama sambung belajar. Kiranya dah ada pendapatan lain la. So Azzam pun belajar lah sungguh2 n lulus. Dia pun balik ke Indonesia. Tamat siri bertama

Ketika Cinta Bertasbih 2.
Kisah ni bermula di Indonesia. Setelah Azzam pulang ke Indonesia. Husna telahpun menjadi penulis cerpen y berjaya. Buku husna y bertajuk Menari Bersama Ombak mengambil inspirasi dari kegigihan abg dia. Dan semasa acara bual bicara kisah Menari Bersama Ombak, Anna Althafunnisa mnjadi salah seorang panel( Anna ni anak kepada Kiai Lutfi iaitu pemilik pesantren terkenal, Pesantren Darul Quran). Bila mendengar citer husna, Anna rasa kagum dgn abg penulis tersebut n rasa nak kenal la. Tapi dalam masa y sama dia dh bertunang walaupun dia xpenah suka pun. Tapi sebagai org y belajar agama, dia terima jodohnya. Byk y berlaku dalam siri kedua ni. Mcm mana Azzam akhirnya dapat tau y org y dia lamar melalui Uztaz Mujab adalah Anna. Dan Anna pulak sgt terkejut rupanya Jejakan y dia impikan utk jadi suami rupanya Azzam. Hehehhe..Tapi sb masing2 menerima ketentuan, jadi anna tetp kawen dgn Furqan, and Azzam bertunang dgn org lain. Tetapi tu lahh..Jodoh Allah. Mcm mana berliku pun kalau dh Allah tentukan, tetap akan bersama. Enam bulan lepas berkahwin, Anna bercerai dlm kead dia masih perawan. Azzam pula xjadi kawen sb berlaku kecelakaan. Tapi memandangkan Azzam dh makin berusia, dia meminta tlg Pak Kiai Lutfi carikan jodoh utk dia dari kalangan pelajar pesantran. Pak Kiai y mmg berkenan sgt2 dgn perangai Azzam terus cadangkan seorang gadis utk Azzam, tanpa mengetahui sape gadis tersebut, Azzam terima.

Nak tahu lebih lanjut cerita ni. Kena la baca atau tonton citer ni ye. Wlupun saya citer mcm xbest (hahhaha sb xreti bercerita la) tapi citer dia mmg best. Husband saya jenis layan citer perang2..citer alien2 tapi utk citer Ketika Cinta Bertasbih ni, dia dh tgk berkali. Ni la movie y dia tgk ulang2. Citer dia mmg sgt positif. Smpi che abg ni nak bg nama anak lelaki dia Abdullah Khairul Azzam.Hahahha mcm2 dia tu kan..

Bacalah, semoga membawa manfaat. Citer ni juga ada y bersiri. Y ni muncul kemudian selepas 2 movie dia dapat sambutan. Ada juga saya tgk tapi xlarat nak ikut y bersiri ni. Biasalah drama Indonesia, panjang2 sirinya. Jadi saya mmg tgk movie pertama n kedua je. Buku2 dia pun saya ada la juga.

Jadi selamat menonton n selamat membaca ye kawan2.

p/s : Bila pesta buku kebangsaan ek? Saya dh mula menabung setiap bulan utk kumpul budget beli buku nanti. Hehehhe In Syaa Allah, if diberi keizinan g pesta buku lagi tahun ni.