Sunday, 6 September 2015

Book Review - Tuan Anas Mikael

Assalam semua...

Agak lama juga saya xupdate book review saya. Pesta Buku y lepas, byk juga koleksi y bertambah. Seperti biasa...target utk habis smpi hujung tahun tp nmpk gayanya...mostly dh habis baca..tggl satu or dua buah shj lagi y masih belum habis baca.

Kali ni, saya nk share tntg buku dari Syamnuriezmil - Tuan Anas Mikael.

Sinopsis Kulit Buku

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Tetapi... Di Krabi...
“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL




Review versi saya

Ayu Maisarah bekerja dengan Tuan Anas kerana menggantikan ibunya yang telah tua. Walau sudah berusaha mengelak namun rezeki dia agaknya..kena juga keje jadi org gaji kat rumah Tuan Anas.

Tapi...org gaji bukan sebarang org gaji..gajinya cecah RM10k. Namun bila tgk kepada job scope, gaji 20k pun belum tentu cukup.

Ayu diminta untuk buat kerja yang tidak2. Masuk kelas grooming segala. Nampak mcm Tuan Anas mengenakan Ayu Maisarah tapi sebenarnya Tuan Anas ada plan baik punya.
Hehehheh...citer ni bagi saya, menghiburkan cuma gaya penulisannya mungkin kurang sesuai dgn jiwa saya. But semua org ada selera sendirikan, so xde hal lah.

Jalan citer ni mmg best. Buat kita nak baca n terus baca utk tau kisah seterusnya.
So guys, if berminat leh la cari2 buku ni k...

Adios...
drsulaiman

Jung YongHwa - One Fine Day

Hei Ya!!

Post y outdated!!

Kkkkkk trasa nk share MV One Fine Day - JYH.

Saya xpenah bosan dgn lagu ni. Sayu sgt. Walau xde la paham sgt lagu ni kalau xtgk translation dia tpi rasa lagu tu sampai...sayu sgt.

Xsabar tggu CNBLUE comeback tgh bulan Sept nant. kkkkk sediakan poket masing2.


Enjoys!!

drsulaiman

Daily View CNBLUE

Hi all!!


Tetiba kegilaan sy hari ni mcm terlebih sikit. Kkkkk...so walau buku Daily View ni dh beli agak lama, baru hari ni trasa nk update something.

Daily View CNBLUE ni adalah photobook y penuh dgn gmbr member CNBLUE. Ada 2 section..



1) Part 1 - Staff view
Mostly gmbr2 y diambil oleh staff FNC masa concert preparation, practice or masa2 leisure dorang lah. Cantik2 gambar nya

2) Part 2 - Member view
Ni pulak kebanyakannya adalah gmbr selfie dorang.

Mmg xnyesal kumpul photobook dorang. Disebabkan saya bukan org y kumpul poster, photobook adalah pilihan y bijak. Senang nk simpan. Hihihihi

So meh cuci2 mata sikit k...






Handsomekan? Kkkkk kalau dh minat semua pun indah. Hehhehe...Until next update..

Tata!!

regards,
d.r.sulaiman

Friday, 4 September 2015

Misi Rahsia D.R. Sulaiman - My Love Part 1

Assalamualaikum WBT

Hiiii Korang!!

Hari ni mcm best je tajuk tu kan...Actually ni 1st time saya nk buat misi rahsia ni. Nk tau apa misi rahsia ni? Jeng Jeng Jeng....

Misi rahsia ni adalah...surprise bday celebration for mr husband. Hihihihi...excited sgt sb sy xpernah buat surprise celebration utk dia. Sebelum ni cuma pernah pos kad ke opis dia n buat cake delivery ke opis dia. Kali ni saya nk plan y proper punya.

Wlu bday dia lmbt lagi...dalam november nant...tp memandangkan sy ni susah nk keluar rumah sndiri tanpa husband...sy pasti perlu masa y lama utk buat persiapan.

1) Venue.
Off course dekat rumah shj. Sb senang. Kalau sy plan kat fancy restaurant or mana2 tempat y istimewa, dia mest syak. hahhaha

2) Cake
Ni my fav part. Saya dh book date from wahdi le chouette macaron utk cake and also macaron. Sy mmg follow IG dia. So feedback smua kata kek n macaron dia sedap walau bg bukan penggemar. Bg y suka makan ni mest lagi la lebih2 suka kan? Hahahha so ni 1st time sy mencuba. Rmi juga feedback kata nk booking tu agak susah sb dia slalu fully booked. Jadi awal2 lagi saya dh book tarikh dgn dia. Alhamdulillah, setakat ni berjalan lancar. Nak tau mcm mana rupa kek y saya tempah?

Ni namanya half naked cake. sexy kan nama kek pun? hahhahah tapi sy tempah beza la sikit dari ni. nmpk menyelerakan kan? Saya pun mcm xsabar nk merasa. hahahhaha. Tapi bukan kek je sy tempah...sy order juga sekotak macaron. Sy request for a box of assorted flavor macaron. Hihihi tp duk pk lagi nk order satu kotak or dua kotak. hihihih settle bab kek.


3) Hadiah
Utk y ni.kena minta tlg kawan2. Agak mustahil saya nk beli hadiah tanpa pengetahuan dia sb kami slalu shopping sama2. Sy ada beberapa item y nk bg sbg hadiah. So 1st item...kemeja and tshirt. Hahhahah sb sy peminat tegar CNBLUE, baju2 tu smua saya minta kawan belikan dari The Class Mid Valley. Hehhehehe...Thanks kepada rakan subahat y sanggup layan request dari sy ni. 2nd item saya nk mencari perfume. Y tu belum buat apa2 lagi...lambat lagi kan...so akan cari masa utk pilih bau y best. Any suggestion? 3rd item if budget membenarkan....saya nk mencari DSLR utk husband...dia minat NIKON...any idea y mana sesuai? Sb sy mmg fail bab kamera.

So ni je satakat ni. Sy akan update perjalanan misi rahsia ni from time to time.

Guys, doakan saya berjaya buat event y bermakna utk en suami ya.

Thanks guys.

Till we meet again.

regards,
D.R. Sulaiman